--> Skip to main content

Terlantar Sakit, Didie Alias Seru Orang Ramai Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Menziarahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang kelihatan terlantar sakit dan uzur di rumahnya, pelakon komedi Didie Alias seru orang ramai supaya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar agar kembali pulih.

Terlantar Sakit, Didie Alias Seru Orang Ramai Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Didie bertindak berkongsi berita tersebut kepada umum menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.

"Ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah urusan ayahanda kami Abu Bakar. Sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya."

Menerusi posting tersebut, beliau dilihat memuat naik rakaman videonya yang mencium dahi pelakon tersebut ketika melawat di kediamannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan perasaan simpati dengan nasi yang menimpa pelakon veteran tersebut. Malah pengikut Didie di laman berkenaan dilihta tidak ketinggalan mendoakan agar kesihatan pelakon itu sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Terdahulu, Abu Bakar yang berada dalam keadaan tenat selepas dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu dikhabarkan menghidap kanser hati. Malah hanya mampu terbaring selain tidak boleh memberikan maklum balas dengan baik.

Untuk rekod, Abu Bakar merupakan pelakon veteran yang popular menerusi drama-drama Melayu sejak 90-an. Drama terakhir yang pernah dibintangi pelakon itu adalah Mr Grey pada 2018.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.