--> Skip to main content

TAKZIAH - BAPA AMAN AF2014 DIJEMPUT ILAHI

Pada jam 11.30 malam semalam, bapa kepada penyanyi dan pelakon Aman Aziz, Abdul Aziz Abdullah meninggal pada usia 67 tahun akibat sakit jantung di Hospital Melaka. Aman yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) itu ketika dihubungi berkata, bapanya dimasukkan ke hospital akibat kencing manis namun mengalami masalah jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Saya masih berada di Kuala Lumpur sewaktu kakak beritahu ayah sudah mengalami sesak nafas pada jam 2 pagi semalam. Pada jam 9 pagi, ayah dimasukkan ke zon kuning. Ketika saya tiba, ayah sudah dipindahkan ke zon merah sebelum meninggal dunia," katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Sulit' itu berkongsi khabar duka berkenaan menerusi Instagram Story dan memohon doa orang ramai buat Allahyarham bapanya.

"Assalamualaikum semua, dukacita dimaklumkan ayah saya, Abdul Aziz Abdullah sudah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam tadi. Mohon semua sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terima kasih," tulisnya.

Al-Fatihah

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aman Aziz

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...