--> Skip to main content

“Tak Buat IG Untuk Mana-Mana Anak Sebab…”- Fasha Sandha Pelik Banyak ‘Fake Account’ Selepas Selamat Bersalin

“Tak Buat IG Untuk Mana-Mana Anak Sebab…”- Fasha Sandha Pelik Banyak ‘Fake Account’ Selepas Selamat Bersalin Pelakon Fasha Sandha akui terkejut apabila mendapat tahu banyak akaun palsu Instagram (IG) milik anaknya, Aisha Amaira yang baru dilahirkan pada 7 Ogos lalu.

Menurut Fasha dia tidak pernah membuat akaun IG untuk mana-mana anaknya termasuk Aisha kerana tidak diizinkan suaminya, Aidil Aziz.

“Assalamualaikum kesayangan ibu. Aisha baru lepas mandi dan wangi!

“Aisha tak ada IG tau, Aisha terkejut ramai buatkan IG untuk Aisha.

“Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan,” katanya .

Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayinya.

Tambah Fasha meskipun anaknya tidak mempunyai akan media sosial sendiri namun dia tetap berkongsi foto anak-anaknya di akaun IG miliknya.

“Jadi, gambar #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha semua dalam IG ibu je tau. Have a good day semua,” jelasnya lagi.

Pelakon cantik itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.