--> Skip to main content

(TAHNIAH) Eyra Hazali Selamat Timang Bayi Lelaki

Isteri kepada pemain bola sepak terkenal Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli  iaitu pelakon Eyra Hazali selamat menimang cahaya mata sulung lelaki pada Jumaat semalam.

(TAHNIAH) Eyra Hazali Selamat Timang Bayi Lelaki

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya menerusi ruangan Instagram (IG) Story untuk tatapan pengikut di laman berkenaan.

Lelaki itu dengan penuh rasa gembira sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya serta orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan mereka sebelum ini dipermudahkan.

(TAHNIAH) Eyra Hazali Selamat Timang Bayi Lelaki

"Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan, Thanks sayang @eyra.hazali. Papa and Mama love you MHQ,"

Dalam pada itu, Eyra juga sempat memuat naik sekeping foto di IG Story menunjukkan Haziq kelihatan seperti sedang memakaikan selimut untuk bayi lelaki tersebut.

(TAHNIAH) Eyra Hazali Selamat Timang Bayi Lelaki

Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan itu masih mendedahkan nama penuh di sebalik huruf "MHQ" itu.

Terdahulu, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol JDT mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Eyra sekeluarga. Semoga segala perancangan mahupun urusan yang dilakukan kalian dipermudahkan hendaknya.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.