--> Skip to main content

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bersalin

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bersalin Pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata lelaki semalam (Jumaat).

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Haziq Nadzli menerusi ruangan Instagram (IG) Story.

Haziq dengan penuh rasa gembira mengucapkan terima kasih kepada isterinya itu serta orang ramai yang telah mendoakan.

"Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan, Thanks sayang @eyra.hazali.

"Papa and Mama love you MHQ," tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Eyra juga sempat memuat naik sekeping foto di IG Story menunjukkan Haziq kelihatan seperti sedang memakaikan selimut untuk anak mereka itu.

"Alhamdulillah," tulis Eyra.

Bagaimanapun, Haziq dan Eyra masih belum mendedahkan nama penuh di sebalik huruf "MHQ" itu setakat ini.

Terdahulu, Eyra dan Haziq yang merupakan penjaga gol JDT mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.