--> Skip to main content

Tabung COVID-19 diteruskan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tabung COVID-19 akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Sehubungan itu, katanya, pihak yang ingin menyumbang kepada tabung ini boleh berbuat demikian.

"Sumbangan kepada tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa COVID-19 dan menyediakan keperluan bagi membendung wabak berkenaan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan khas perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di siarkan secara langsung melalui saluran televisyen, malam ini.