--> Skip to main content

Sukar untuk dapatkan tidur yang lena? Inilah sebabnya

SEMBILAN dari sepuluh rakyat Malaysia mengalami gangguan tidur, menurut sebuah kajian pada tahun 2018. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah anda mencuba pelbagai rawatan untuk mendapatkan tidur malam yang lena namun masih lagi tidak berhasil? Ataupun anda bangun dengan kesakitan dan ketegangan di bahu dan leher pada waktu pagi? Anda tidak keseorangan!

Kebelakangan ini, ,b>masalah kekurangan tidur telah mengganggu kesihatan dan kualiti hidup 45% dari populasi dunia.

Yayasan Tidur (Sleep Foundation) menekankan bahawa tidur yang berkualiti memperkukuhkan sistem imun seseorang, meningkatkan fungsi otak, menaikkan mood dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. Tidur yang mencukupi dapat membantu memperbaiki sel-sel tubuh dan mengimbangkan hormon, yang secara beransur-ansur akan mempengaruhi berat badan dan penampilan kita.

"Melabur untuk tilam yang betul adalah salah satu faktor kunci untuk mendapatkan tidur yang lebih lena setiap malam," jelas Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong.

Bagi membantu rakyat Malaysia meningkatkan kualiti tidur mereka, Coway telah memperkenalkan Tilam Prime Series - sewaan tilam premium dengan servis penjagaan tilam percuma yang pertama di Malaysia. Tilam yang baharu ini telah menarik perhatian ramai pelanggan yang mula menghargai tidur malam yang lena.

Tilam untuk semua

Tilam Coway Prime Series direka dengan teliti untuk memberi sokongan kepada individu dengan lengkungan tubuh, berat, posisi tidur dan keperluan yang berbeza.

Tersedia dalam saiz Queen dan King, tilam ini dilengkapi dengan pilihan bingkai katil tambahan.

"Mereka yang tidur terlentang boleh memilih tilam padat (firm), yang memberikan sokongan yang kritikal. Manakala, mereka yang tidur mengiring akan mendapat manfaat dengan menggunakan tilam lembut (soft), yang juga disyorkan untuk mereka yang tidak kekal dalam posisi yang sama semasa tidur," tambah Choi.

Kontur untuk sokongan badan

Oleh kerana kebanyakan daripada kita tidak kekal dengan posisi tidur yang sama sepanjang malam, pegas (spring) saku 5-zon tilam Coway Prime Series digabungkan untuk memastikan semua orang – tanpa mengira bentuk dan berat badan boleh menikmati tidur yang lena sepanjang malam.

Pegas (spring) individu ini sangat fleksibel terhadap bentuk badan dan berat yang disesuaikan dengan setiap lengkuk dan selok badan, seterusnya mencegah seseorang dari mengalami gangguan walaupun pasangan anda mengubah posisi tidur sepanjang malam.

Tilam ini direka dengan bijak untuk memastikan bahagian tengah badan yang paling berat akan mendapat sokongan menyeluruh untuk pinggul, pinggang, bahu dan kepala.

Tilam hibrid yang sempurna

Satu lagi ciri penting sebuah tilam yang baik adalah bahan yang digunakan, yang membolehkan tilam tersebut memberikan pengalaman tidur yang sempurna setiap malam.

Tilam Coway Prime Series adalah tilam hibrid yang sempurna kerana ia mengoptimumkan faedah pelbagai bahan: pegas (spring) saku 5-zon, lateks semula jadi 100%, foam memori, serat kelapa dan foam. Bersama kesemua bahan terbaik dari seluruh dunia berpuncak untuk memberikan penyelesaian tidur holistik yang baik untuk semua orang.

Pegas (spring) saku 5-zon bertindak balas secara berbeza terhadap lengkungan semula jadi badan dan mengurangkan pemindahan pergerakan supaya seseorang boleh mendapat tidur malam yang lena, tanpa gangguan dari pasangan yang gelisah.

Foam memorinya melegakan tekanan dan meningkatkan sokongan badan, menyokong setiap bahagian badan secara rata dengan mengkontur mengikut lengkungan badan anda, menciptakan pengalaman tidur yang selesa dan menyenangkan.

Lapisan Tilam Coway Prime Series yang 100% lateks semula jadi memastikan lebih banyak sokongan tulang belakang dan keupayaan bernafas bahan selain dari sifat bebas alergennya. Lateks dikenali kerana sifat responsif, selesa, pantulan, dan penyejukan yang hebat.

Serat kelapa atas pegas (spring) poket 5 zon bertindak sebagai penyokong badan dengan sifat penyerap kelembapan di dalam lapisan tilam. Bahan ini dapat bertahan lama, memberikan pernafasan yang baik dan kalis terhadap kulat dan fungus. Ia juga kalis lembapan, mengelak berlakunya tilam yang terbenam atau kendur. Kelembapan yang terperangkap kebiasannya akan menggalakkan pertumbuhan kulat dan menarik perhatian serangga. Air mudah mengalir melalui serat kelapa, membenarkan ia untuk mengewap, dan serat kelapa secara semula jadi akan menghalau kuman dan pepijat.

Fabrik anti-statik

Statik badan disebabkan oleh, antara lain, penggunaan alat elektronik yang berpanjangan. Ini cukup membimbangkan kerana sebuah kajian mencadangkan bahawa 63% rakyat Malaysia yang berumur antara 25 sehingga 49 mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk tidur. Pakar telah mengaitkan penggunaan gajet sebagai punca biasa untuk masalah tidur termasuk kekurangan tidur dan insomnia.

Fabrik anti-statik dalam tilam Coway mampu mengurangkan statik badan yang boleh menyebabkan masalah seperti ketegangan dan ketidakselesaan, dan seterusnya menyebabkan insomnia. Tilam ini menyerap statik badan dan melepaskannya ke udara.

Kebersihan itu penting

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan kebersihan tilam, bilik tidur dan tilam adalah magnet kotoran semulajadi. Hama habuk, kulat, kotoran hama, kelumumur, bakteria, jamur, kotoran halus, peluh dan sel kulit mati adalah perkara biasa yang terdapat pada mana-mana tilam. Ini boleh menyebabkan alahan, asma, kerengsaan mata, telinga, dan hidung, sesak nafas, hidung berair atau tersumbat, bersin, alergi kulit dan mata merah jambu.

Pelapik tilam yang dapat ditukar

Satu langkah bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan adalah untuk memastikan tilam anda datang dengan pelapik tilam yang dapat ditukar di mana ia lebih murah berbanding mengantikan keseluruhan tilam.

Pertukaran Pelapik tilam adalah sangat penting kerana bukan semua kekotoran dapat dibersihkan dengan sepenuhnya. Jadi, demi memastikan tilam anda sentiasa berada dalam keadaan bersih untuk jangka masa yang lebih lama, Tilam Coway Prime Series dilengkapi dengan perkhidmatan pertukaran pelapik tilam setiap 3 bulan secara percuma. (Tertakluk pada terma dan syarat).

Solusi 7-Langkah

Jikalau anda bukan pengguna Tilam Coway, anda juga boleh mencuba perkhidmatan penjagaan mereka. Coway Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan tilam pertama di negara ini. Solusi tujuh langkah secara berkala ini merangkumi pengukuran tahap kontaminasi, pembersihan rangka katil, pengelapan rangka katil, pembersihan bahagian sisi, pembersihan tilam, penghalau hama habuk dan pensterilan UV. Coway juga menawarkan perkhidmatan pembasmian kuman percuma sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh juruteknik Homecare mereka yang datang untuk menyediakan perkhidmatan standard Penjagaan Tilam Coway, memastikan anda dan orang yang tersayang sentiasa gembira dan sihat.

"Lebih daripada melihat, anda perlu mengalaminya sendiri untuk benar-benar mempercayainya!" kata Choi.

Oleh itu, kembalikan kuasa anda yang dipanggil "tidur" dan ubah hidup anda hari ini. Hubungi Coway untuk menikmati Tilam Coway Prime Series melalui https://www.coway.com.my/enquiry atau hubungi nombor Careline, 1800-888-111.