--> Skip to main content

SPRM reman bekas eksekutif kanan syarikat telekomunikasi

SEORANG bekas eksekutif kanan sebuah syarikat telekomunikasi direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah hampir RM16,000 antara 2018 hingga 2019.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di Shah Alam atas permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 12.15 tengah hari semalam selepas diambil keterangan.

Menurut sumber SPRM, lelaki berkenaan dipercayai menerima wang suapan daripada sebuah syarikat vendor yang membekalkan perkhidmatan dan peralatan telekomunikasi kepada syarikat dia sedang berkhidmat, menerusi syarikat yang dimiliki lelaki berkenaan.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu.