--> Skip to main content

SonaOne & Kidd Santhe Jamu Peminat Dengan 'Kuey Teow'

SonaOne & Kidd Santhe Jamu Peminat Dengan 'Kuey Teow' Dua jejaka Hip Hop Malaysia, SonaOne dan Kidd Santhe kini tampil dengan single terbaru berjudul Kuey Teow.

Menurut SonaOne, single ini dicipta secara bebas tanpa konsep tertentu, namun menarik untuk didengari.

"Sebenarnya, single ini sama dengan lagu Bomba saya sebelum ini, tiada konsep yang tertentu tetapi saya seronok menyampaikannya.

"Sekarang pun saya sedang menghasilkan album yang turut menampilkan lagu-lagu lain seperti ini, boleh dikatakan ia seperti satu buku skrap, campur-campur ikut citarasa," katanya kepada Gempak.

SonaOne berkata demikian ketika ditemui di sidang media SonaOne & Kidd Santhe Kuey Teow di Petaling Jaya semalam.

SonaOne juga merasakan tajuk lagu ini menarik walaupun ia tidak berkaitan dengan hidangan Kuey Teow yang sebenar.

"Lagu ini memang buat rasa seronok, lirik dan melodinya ditulis secara rawak tetapi sedap untuk didengar.

"Tajuk lagu ini pun 'cool' walaupun ia bukanlah mengenai hidangan Kuey Teow yang sebenar," selorohnya.

Single Kuey Teow kini boleh didapati di semua platform striming, jangan lepaskan peluang mendengarnya!