--> Skip to main content

Siti Sarah Menyampah Peniaga Sanggup Tayang Body Lariskan Produk

Kesal dengan trend pemasaran yang dilakukan oleh kebanyakan peniaga seolah menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri demi melariskan sesuatu produk, penyanyi Siti Sarah tampil memberikan terguran secara terbuka.

Akui dirinya bukan seorang Muslim yang sempurna, namun dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh serta memalukan sehingga menjatuhkan maruah semata-mata untuk menjual produk

BACA: Siti Sarah Tawakal Jika Rumah Tangga Diganggu Perampas

"Tayang body jual produk? Ya semua orang buat silap. Dalam dunia ni taka da orang yang tak buat silap, Sarah sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi, pernah jahil tapi tak sampai sanggup jual barang untuk meniaga.

"Tergoncang, melompat, ada yang beromen atas katil ambil gambar. Dah makin lama makin ramai. Yang 'perempuan-perempuan' ni pun sama naik tak tahu dah yang mana lelaki yang mana perempuan," katanya

Kata Sarah lagi, usahawan yang melakukan perkara sedemikian berkemungkinan besar dilindungi oleh seseorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes disebabkan itu mereka ini bertindak berani.

"Ya faham, ya korang kuat, tak ada satu orang pun mampu menjatuhkan korang. Mungkin ada yang menjaga korang, sebab tu makin lama makin menjadi," katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa melakukan aksi melakukan diri. Ujarnya, dengan izin Allah semuanya akan dipermudahkan.

"Korang ingat korang je dalam Malaysia ni yang buat duit? Sebab saya sendiri dah naik menyampah! Mari saya tunjuk, saya ni yang tak pernah nak tunjuk duit, meh sini saya nak tunjuk!

"Tak payah melompat goncang-goncang, tak payah terkinja-kinja ,tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak! Dengan izin Allah, Allah maha besar Allah yang memberi rezeki," luahnya.