--> Skip to main content

Shaheizy Sam Ditegur Berpakaian Askar Tapi Gantung Tali Vape

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai gambar barisan pelakon-pelakon hebat tanah air antaranya Shaheizy Sam, Alif Satar, Bront Palrae, Remy Ishak dan Hairul Azreen.

Difahamkan, mereka merupakan barisan pelakon yang akan membintangi filem Bakara. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan penampilan Shaheizy Sam yang dilihat menggantung rokok elektronik di lehernya.

BACA: "Barisan Pelakon Hebat Tanah Air Bergambar Bersama Sebatang Kayu"

Di Twitter, ada netizen tampil mengkritik tindakan pelakon itu serta menegur supaya tidak menggantung tali vape berkenaan ketika memakai seragram askar.

Sedar akan kesilapannya itu, Sam kemudian tampil memberi respon mengenai teguran itu dan memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.

Difahamkan, filem Bakara bakal menjalani penggambaran sekitar Jun tahun depan dan kesemua pelakon kini sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Filem Bakara mengisahkan tentang perjuangan sebenar anggota 19 RAMD Mekanis menyelamatkan Renjer dan Delta US di Pasar Bakara Somalia pada 3 dan 4 Oktober 1994.