--> Skip to main content

Sevilla tandatangan Oscar

MADRID: Pemain tengah Real Madrid, Oscar Rodriguez menyertai Sevilla menerusi kontrak lima tahun, umum kelab itu hari ini.

Oscar meningkat menerusi sistem remaja Madrid tetapi tidak pernah muncul dalam pasukan utama dan menghabiskan dua musim di Leganes, menjaringkan 13 gol dan membuat enam umpanan gol.

Pemain Sepanyol itu menjadi seorang daripada pemain utama Leganes musim lalu walaupun kelab berkenaan tersingkir daripada liga utama.

Dia dikenali sebagai pakar sepakan percuma selepas meledak empat gol musim lalu daripada 16 percubaan.

Sevilla membayar Madrid sekitar 15 juta euro (RM74.39 juta) bagi mendapatkan Oscar menurut laporan akhbar Sepanyol.

"Pemain berusia 22 tahun ini menandatangani perjanjian bersama kelab untuk lima musim," kata kenyataan daripada Sevilla. - AFP