--> Skip to main content

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan ‘Ikat’ Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

Berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau 'ikat' perut mula menunjukkan perkembangan positif, pelakon Abby Abadi mendedahkan berat badannya sudah menurun selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

Ujarnya, beliau kini dilihat makin yakin untuk bergambar memandangkan bentuk badannya kini lebih kecil berbanding dahulu.

"Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil. Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya.

Abby bagaimanapun sempat menyeru orang ramai untuk menjalani rawatan tersebut. Hal ini kerana, kesan positif jelas kelihatan terhadap dirinya.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

"Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan."

Lebih menarik, Abby juga dikhabarkan mula memuat naik gambar terkini dirinya memakai baju-baju lama.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

"Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai," katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut."

Terdahulu, Abby tidak segan memaklumkan bahawa dirinya terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badan yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

Malah, Abby sebelum ini juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suami memintanya untuk menjaga kesihatan.

Sumber: Gempak

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.