--> Skip to main content

SELEPAS 17 TAHUN, RUMAH TANGGA OPIE ZAMI TEMUI TITIK NOKTAH

Rumah tangga yang dibina selama 17 tahun akhirnya bertemu titik noktah selepas pelakon dan pengarah, Opie Zami dan isterinya, Zamzarina Mohamed sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi tadi. Opie atau nama sebenarnya Mohd Soupi Azmi melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial.

Menurut Opie perceraian itu dibuat secara baik dan ia merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, Opie enggan mendedahkan punca perceraian mereka.

"Puncanya terlalu peribadi bagi saya. Cukuplah orang ramai tahu itu saja. Saya tak mahu memburukkan keadaan dan isteri saya. Isteri saya tidak salah, yang salah adalah saya. Isteri saya bagus orangnya. Dia seorang yang baik dan yang gagalnya adalah saya sebagai ketua keluarga. Saya gagal membentuk isteri saya menjadi isteri mithali," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Opie mendedahkan mereka tidak lagi tinggal bersama sejak 3 Ogos lalu dan hak penjagaan anak-anak akan diserahkan kepada bekas isterinya. Difahamkan, Zamzarina memfailkan perceraian kepada Opie pada 16 Mac lalu. Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia ke mahkamah untuk urusan itu. Ujarnya, masalah rumah tangga mereka sudah pun terjadi 10 tahun lalu.

"Masalah kami bukan baru terjadi, tapi sudah 10 tahun. Sebenarnya, sudah tiga kali saya ke mahkamah termasuk kali ini, sejak kehadiran anak bongsu saya lagi. Saya reda rumah tangga kami selama 17 tahun berakhir hari ini. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ammar Shah Saidi 15, Aliff Shah Syedi, 13 dan Arrif Shah Saidi, 8.

www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Astro Gempak

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...