--> Skip to main content

"Selamat Ulang Tahun Ke 18 Wahai Zuriatku" - Datuk Rizalman Ibrahim

Tiada yang menggembirakan seorang ayah apabila menyambut hari lahir anak mereka saban tahun. Namun angka 18 selalunya membayangkan bahawa anak mereka sudah dewasa dan sudah mengetahui antara betul dan salah.

Itulah yang dirasakan oleh pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim apabila anak angkat pertamanya, Umar Nail Rizalman menyambut usia 18 tahun hari ini. Perkara itu dikongsikan oleh Rizalman di Instagram miliknya.

"Umar dah genap lapan belaih teaun Allah bagi hidop ataih dunia.. umoq mcm ni mmg satu umoq yg sangat rapuh untuk kita pileh jalan yg diredhai atau sebaliknya.. umoq mcm ni jugak adalah satu umoq terakhir dari keadaan lemah dan lembut, untuk mula menjadi keras seperti aur dari tahap rebung.

"Tugas babah melentur tak akan sempurna sehingga hayat Babah masih ada.. dan Umar juga perlu tahu tugas melentur ini bakal Umar pikoi sebagai seorang Abang dan Suami kelak," tulis Rizalman.

Rizalman turut berpesan kepada anaknya itu supaya menggunakan hidup ini ke jalan yang diredhai Allah SWT, dan menjadikan dunia sebagai ladang untuk dituai hasilnya bersama-sama di syurga kelak.

"selamat menyambut hari ulangtahun ke 18 wahai 'zuriat' ku," tulis Rizalman lagi. 

Tarikh lahir Umar merupakan tarikh yang meninggalkan makna yang mendalam buat Datuk Rizalman kerana 13 Ogos bukan sahaja tarikh kelahiran Umar, tetapi juga tarikh pemergian ibu Datuk Rizalman yang tercinta ke Rahmatullah.

Selain Umar Nail yang kini berusia 18 tahun, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aali Nail yang berusia tujuh tahun.