--> Skip to main content

“Saya Tak Memaksa Untuk Peluk Islam” – Michael Ang Dedah Ambil 2 Orang Anak Angkat

Mengakui beliau kini telah bergelar bapa kepada dua anak angkat, pengarah dan penerbit, Michael Ang menyifatkan  kasih dan sayangnya tidak pernah terasing, bahkan dianggap umpama anak sendiri.

michael ang ambil 2 orang anak angkat

"Jangan salah faham kerana saya belum berkahwin, tapi saya ada dua anak angkat. Kedua-duanya saya ambil ketika mereka masih kecil."

Menurut Michael, anak sulungnya yang bernama Rayyan kini sudah mencecah usia 18 tahun. Beliau merupakan anak saudaranya iaitu anak kepada abangnya.

michael ang ambil 2 orang anak angkat

"Sejak berusia dua bulan, dia sudah tinggal dan dibesarkan oleh saya sehingga sekarang."

Tidak berkongsi banyak mengenai anak sulungnya, Michael mendedahkan dirinya memberi kebebasan kepada Rayyan untuk memilih masa depan dan agamanya.

"Apabila saya buat keputusan untuk memeluk Islam. Saya tak memaksa dia untuk peluk Islam kerana pada saya, dia sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dan pilihan sendiri."

Bagaimanapun, berkongsi cerita berbeza mengenai kehadiran anak keduanya iaitu Mika dalam kehidupannya.

michael ang ambil 2 orang anak angkat

"Mika sejak lahir lagi beragama Islam dan saya dah ambil dia sebagai anak angkat sejak usianya sehari. Kini, Mika sudah mencecah usia dua tahun."

Sehingga kini, Michael dikhabrakan tidak pernah berkongsi foto anak-anaknya di laman sosial. Ia berikutan tindakan Michael yang memilih untuk tidak banyak membuka cerita mengenai hal peribadi, malah lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan perihal anak-anaknya kepada masyarakat.

Sumber: Harian Metro

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.