--> Skip to main content

Sanjay Dutt Hidap Barah Paru-Paru Tahap 4

Sanjay Dutt Hidap Barah Paru-Paru Tahap 4 Pelakon veteran Bollywood, Sanjay Dutt disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat, lapor media tempatan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Dutt sendiri, dia perlu menjalani rawatan susulan untuk beberapa tempoh.

"Hi kawan-kawan, saya akan berehat seketika untuk rawatan.

"Keluarga dan rakan baik saya ada bersama saya dan jangan percayakan spekulasi tidak betul.

"Dengan doa kalian, saya akan kembali tidak lama lagi," tulis Dutt menerusi akaun media sosialnya pada Selasa. 

Menurut laporan media tempatan juga, Dutt bakal menjalani rawatan di Amerika Syarikat.

Dutt, 61, sebelum ini mengalami sesak nafas pada 8 Ogos lalu dan dikejarkan ke sebuah hospital di Mumbai.

Dia bagaimanapun negatif COVID-19.

Dutt pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, Richa meninggal dunia akibat kanser otak pada 1996.

Dutt bakal muncul di layar perak menerusi filem KGF: Chapter 2 pada Oktober dan Shamshera  yang akan ditayangkan tidak lama lagi.