--> Skip to main content

Sandra Dianne Meniaga Ikan Masin Untuk Cari Pendapatan Tambahan

Sandra Dianne Meniaga Ikan Masin Untuk Cari Pendapatan Tambahan Penyanyi dan peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Menurut Sandra, dia sibuk menguruskan perniagaan ikan masin di Sabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac lalu.

"Mungkin ada yang kata saya menghilang sebelum ini, tetapi sebenarnya tidak, saya masih aktif dalam dunia seni dengan menghasilkan lagu dan melakukan kerja belakang tabir.

"Tapi pada masa yang sama, saya juga banyak meluangkan masa dengan perniagaan ikan masin saya di Sabah.

"Saya mula sibuk menguruskan perniagaan ini sejak PKP dilaksanakan baru-baru ini," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sandra juga menyedari kepentingan untuk seimbangkan kerjaya dalam bidang seni dan perniagaan.

"Saya cuba untuk seimbangkan kerjaya dalam dunia seni dan perniagaan, saya sedar saya tidak harus bergantung dengan satu sumber pendapatan sahaja, sebab itulah saya ceburkan diri dalam perniagaan sebagai satu alternatif mencari pendapatan tambahan," katanya lagi.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!