--> Skip to main content

Safiey Illias Fobia Memandu, 8 Bulan Simpan Kereta Mewah

Mengakui dirinya berdepan perasaan fobia untuk memandu di jalan raya, usahawan kosmetik sensasi Safiey Illias mendedahkan disebabkan depresi juga, beliau terpaksa menyimpan kereta mewahnya selama hampir setahun.

Safiey Illias Fobia Memandu, 8 Bulan Simpan Kereta Mewah

Katanya lagi, takut kereta meletup juga menjadi salah satu faktor dirinya telah lama tidak memandu di jalan raya.

View this post on Instagram

Lama x bawak kereta sbb anxiety dan depression . Takot bawak sbb takot kete meletops , takot tayar meletops , takot kete tebakar , takut masuk gaung . Itu ye saya hadap selama 8 bulan ni . Harini gagahkan jua sebab tahu sgt stereng ni rindu sgt dkt Ratu Semesta Alam . . . Hampir 8 bln kereta x begerak cuma panaskan enjin je . Bila bawak je kete ni , pegang stereng , rasa nak nangis . Rasa hiba , sebab betapa bangga pada diri dan bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi . Saya beli kereta ni masa umur 22 tahun . . . Walau banyak WIRA PAPAN KEKUNCI yg suka down kan saya , tp saya fikir 1 je . Setiap bait2 kekecaman penulisan mereka menggambarkan hati mereka yg tidak tenang . Kecemburuan kerana gagal menjadi yg terbaik dlm kerjaya . . . Yelah , hanya org yg boleh zahirkan rasa itu dgn penulisan pedas mereka yg faham apa yg ada dalam hati mereka . Kalau org tu sentiasa ceria , cerialah penulisan mereka . Sbnrnya banyak yg kita tulis atau ckp , kita sbnrnya tgah benci dan geram dgn diri kita sendiri . Sbb tu perasaan tu dpt dizahirkan . Jauhari je mengenal manikam . . . Hujung2 kita terus menyebarkan kebenciaan kerana ada 1 perasaan yg tidak beres jauh disudut hati . . . Jap lagi ayah dan mak nak dtg tolong packing @glasskinz.co . Saya happy sgt . Dan saya banyak silap dkt keluarga dalam 2 tahun lepas . Saya nak ubah dan betulkannya semuanya . . . Saya xnk sanjung "kawan" lagi . Saya nk hargai keluarga , anak buah dan sahabat yg ada dgn saya para journey saya melakar kejayaan baru . . . KEJAYAAN TIDAK PERNAH MENIPU SESEORANG YG BERUSAHA KERAS MENDAPATKANHYA . Kejayaan itu akan dtg INDAH PADA WAKTUNYA . . . Kalau saya yg depression survivor ni boleh buat , kenapa korg yg begitu bangga dgn "AKU NORMAL" itu tak mampu buat ? Itu semua cengkerik yg bermain di minda yg membisikkan kemalasan dan penangguhan . . . #Sofeaestetik #perhhhperamm #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna #hujunghujungsis

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on Aug 9, 2020 at 7:05pm PDT

"Lama tak bawa kereta sebab anxiety dan depresi. Takut bawa sebab takut kereta meletup, tayar meletup, terbakar, masuk gaung. Itu saya hadap selama lapan bulan."

Safiey Illias Fobia Memandu, 8 Bulan Simpan Kereta Mewah

Ujar Safiey, beliau kini tetap gagahkan diri untuk memandu memandangkan kereta miliknya itu tidak bergerak dalam tempoh yang agak lama.

"Hari ini gagahkan juga sebab tahu sangat streng ini rindu dekat saya. Hampir lapan bulan juga kereta tak bergerak cuma panaskan enjin saja. Bila bawa kereta, pegang stereng rasa nak nangis, hiba."

Tambahnya lagi, perasaan itu ekoran tersentuh atas kurniaan nikmat yang diberikan kepadanya malah tetap bangga dan bersyukur di atas rezeki kurniaan Allah kerana mampu membeli kereta itu ketika berusia 22 tahun.

"Betapa bangga pada diri dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Saya beli kereta ni masa umur 22 tahun."

Dalam entri yang sama Safiey bagaimanapun dilihat turut menyesal dan akui mahu menyanjungi keluarga terutama kedua-dua ibu bapanya selepas kesilapannya dua tahun lalu.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.