--> Skip to main content

RON95, RON97 naik 1 sen, diesel turun 2 sen

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen, manakala diesel turun 2 sen bermula tengah malam ini sehingga 4 September depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 naik daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.

Bagi RON95, harga naik daripada RM1.71 seliter kepada RM1.72 seliter.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak 2 sen seliter, daripada RM1.80 seliter kepada RM1.78 seliter.

Kerajaan menetapkan harga runcit produk petroleum itu secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).