--> Skip to main content

Roma tangguh latihan

MILAN: Kelab Serie A, Roma menangguhkan latihan untuk musim baharu selepas empat pemain duji positif COVID-19.

Selepas penjaga gol, Antonio Mirante diumumkan positif minggu lalu, penyerang Sepanyol Carles Perez Khamis lalu juga disahkan dijangkiti COVID-19.

Semalam, pertahanan kiri Brazil Bruno Peres berkata menerusi Instagram dia juga "malangnya positif" tanpa sebarang simpton.

"Saya akan menghormati proses pengasingan tetapi saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan pasukan," kata Peres dengan liga Itali dijangka akan bersambung pada 19 September.

Penyerang Belanda, Justin Kluivert pemain keempat diuji positif menurut Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport.

Pemain berusia 21 tahun, Kluivert baharu kembali selepas bercuti di Belanda dan kepulauan dekat Sepanyol, Ibiza.

Roma akan kembali berlatih selepas 24 jam dengan ujian baharu terhadap pemain akan dibuat hari ini menurut laporan media. - AFP