--> Skip to main content

Rina Harun kekalkan jawatan Ketua Srikandi

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Srikandi Bersatu bagi penggal 2019 hingga 2022 dalam pemilihan parti, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Tan Sri Syed Hamid Alba berkata, bagi jawatan Naib Ketua Srikandi, ia disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

"Seramai 11,609 orang perwakilan mengundi semasa persidangan bahagian masing-masing.

"Daripada 168 bahagian yang layak bersidang hari ini (semalam), tiga daripadanya gagal bersidang kerana ketiadaan korum," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 15 Ahli Jawatankuasa Srikandi.

Keputusan:

Pengerusi Tetap: Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir

Timbalan Pengerusi Tetap: Ruhaya Mohamed Yusof

Ketua: Datuk Seri Rina Mohd Harun

Naib Ketua: Datuk Mas Ermieyati Samsudin.