--> Skip to main content

Rayer, Azeez bergasak lagi [VIDEO]

'PERANG' antara RSN Rayer (PH-Jelutong dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menggamatkan Dewan Rakyat petang ini.

Ia bermula selepas Rayer meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhenti menggunakan 'China' sebagai contoh di dalam hujahnya.

Rayer: Saya berterima kasih dengan penjelasan diberikan, tetapi saya ingat kesimpulan digunakan menumpu perhatian kepada China sahaja tak betul.

Minum (alkohol) ini di merata dunia, jadi jangan guna kesimpulan di China sahaja.

Kita mahu masalah ini diselesaikan di serata dunia, khususnya di Malaysia. Jadi permintaan saya jangan gunakan kesimpulan China saja.

Wee Ka Siong: Yang Berhormat saya tak tahu kenapa... saya hanya mengambil contoh (China). Saya boleh ambil contoh di Jepun atau Singapura. Apa masalahnya?

Abdul Azeez kemudiannya mencelah dengan menyebut perkataan India menyebabkan Rayer meminta dia menarik balik perkataan itu.

Abdul Azeez: Saya maksudkan negara India, tidak ada maksud lain.

Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudiannya meminta kedua-dua mereka duduk dan memberi laluan kepada menteri untuk meneruskan penggulungan.