--> Skip to main content

“Rasa Nak Nangis Bila Penat” – Kaka Azraff Kongsi Pengorbanan Seorang Ibu

Tidak terlepas berkongsi kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata, penyanyi Kaka Azraff akui banyak pengorbanan yang dilakukan sapabila bergelar ibu.

Kaka Azraff Kongsi Pengorbanan Seorang Ibu

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Kaka dilihat tampil berkongsi sedikit rasa apabila menjadi seorang ibu, sama ada yang berkerjaya mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now. Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja."

Katanya, perasaan hiba itu datang secara tiba-tiba. Malah langsung tidak menolak dirinya akan mengalirkan air mata andai berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan.

Kaka Azraff Kongsi Pengorbanan Seorang Ibu

"Sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun tapi bila tengok anak menari-nari, buat muka comel terus hilang rasa penat tu. Mommy love you Aslan!"

Tidak ketinggalan, Kaka dilihat tampil bersoloroh di hujung kapsyen posting tersebut.

Kaka Azraff Kongsi Pengorbanan Seorang Ibu

"Dalam penat and kabut hidup ni, styling tetap nak."

Untuk rekod, Kaka telah sah bergelar isteri kepada Adam Azriff pada 2018. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.