--> Skip to main content

"Rasa Nak Nangis Bila Penat" - Kaka Azraff Kongsi Rasa Sebagai Ibu

Setiap orang akan lebih menghargai pengorbanan seorang ibu apabila suatu hari nanti tiba giliran mereka bergelar ibu.

Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi Kaka Azraff tentang kehidupannya sekarang ini setelah mempunyai anak sendiri.

Dalam satu entri video di Instagram miliknya, Kaka berkongsi sedikit rasa apabila menjadi seorang ibu, sama ada yang berkerjaya mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now. Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja.

"Sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun tapi bila tengok anak menari-nari, buat muka comel terus hilang rasa penat tu. Mommy love you Aslan!" tulis Kaka pada entri tersebut. 

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.