--> Skip to main content

“Ramai Youtuber Sentap Tahap Gaban Dengan Kenyataan Saya”

Baru-baru ini kenyataan oleh pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menjadi bualan hangat netizen apabila beliau mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.

Malah, Ustaz Abu Syafiq menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini. Ujarnya, ramai Youtuber diluar sana hidup mereka merana dan banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan dan jauhkan diri daripada menjadi YouTuber yang mendatangkan memfitnah.

BACA: "Pendapatan Jadi Youtuber Banyak Yang Haram"

Kenyataan oleh pendakwah itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Youtuber dan netizen. Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ustaz Abu Syafiq itu dan mengecamnya.

Terbaru dalam satu perkongsian di Instagram, Ustaz Abu Syafiq mengatakan ramai yang sentap dengan kenyatanaan itu. Susulan itu, dia mahu membuat perbincangan atau diskusi ilimah mengenai pendapatan Youtuber.

"Ramai youtuber dan netizen sentap tahap gaban dengan statment saya. Ok saya syorkan kita buat diskusi atas Status saya tersebut. Mohon sahut. Diskusi Ilmiah. DM/PM saya. Jangan takut anggaplah macam ala-ala yang kalah debat tapi stay provok menang konon. Cepat!

Ujarnya, sesiapa sahaja boleh tampil memberikan pandangan mereka dengan menghantarkan mesej peribadi kepadanya. Malah, Ustaz Abu Syafiq turut mengatakan kepada mereka supaya jangan takut untuk berdebat dengannya.

Jelasnya lagi, dia tetap dengan pendiriannya dimana jadilah Youtuber yang menjauhi fitnah dan haram. Katanya lagi, jika ingin menjadi Youtuber buatlah kandungan yang memberi kebaikan dan kejar pendapatan yang halal.

"Saya tetap dengan pendirian saya dan ramai lagi. Jadilah Youtuber yang menjauhi fitnah dan haram. Beryoutuberlah dengan kebaikan kerana ada halal ada haram. Kejarlah yang Halal. Saya tungguuu..jangan takut!" tulisnya.