--> Skip to main content

'70 projek rundingan terus saja diluluskan' - Lim Guan Eng

HANYA 70 daripada 101 projek rundingan terus diluluskan sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, keseluruhan projek itu dikatakan membabitkan nilai perolehan RM352 juta atau 0.07 peratus daripada keseluruhan nilai projek rundingan terus.

Untuk rekod, Isnin lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan terdapat 101 projek bernilai RM6.61 bilion diserah secara rundingan terus oleh pentadbiran sebelum ini.

Pada masa sama, semalam, Kementerian Kewangan (MOF) mengeluarkan senarai kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan perolehan kerajaan secara rundingan terus ketika pentadbiran kerajaan PH.

"Selepas semakan dibuat, kami dapati, baki 31 projek lagi, membabitkan nilai perolehan RM6.26 bilion, diwarisi daripada pentadbiran terdahulu," katanya pada sidang media di bangunan parlimen hari ini.