--> Skip to main content

PRK Slim: BN dahului kiraan undi

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz mendahului bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan memperoleh majoriti 8,358 undi, setakat 7.10 malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di laman Twitter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Mohd Zaidi, 43, memperoleh 9,980 undi, manakala calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mendapat 1,622 undi.

Seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44, mendapat 219 undi.

Proses pengundian di semua 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang tadi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

PRK DUN Slim ialah pilihan raya kedua berlangsung dalam kebiasaan baharu, susulan wabak COVID-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu.