--> Skip to main content

Polis cari Mohd Faizal

[email protected]. my

POLIS mengesan seorang lelaki untuk hadir perbicaraan kes menipu di Mahkamah Majistret Dungun pada 7 September ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki itu, Mohd Faizal Othman 38, beralamat di 5-15-10, Vista Angkasa, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Polis sedang mengesan lelaki itu yang dikehendaki bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, lelaki berkenaan atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun atau balai polis berhampiran.

"Selain itu, boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Muhammad Taufiq Shamsuri di talian 010-6562760 bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.