--> Skip to main content

Pogba positif COVID-19

PARIS: Pengendali Perancis, Didier Deschamps mengesahkan pemain tengahnya, Paul Pogba diketepikan daripada skuad untuk aksi Liga Negara-Negara menentang Sweden dan Croatia, pada bulan depan.

Ini selepas pemain tengah Manchester United itu didapati positif COVID-19.

Pogba digantikan oleh pemain muda, Eduardo Camavinga yang dipanggil buat kali pertama bersama pemain tengah Lyon, Houssem Aouar dan pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano.

- AFP