--> Skip to main content

#PMTepiKakGee; Cinta Tak Direstui Kerana Beza Agama, Baca Tips Buat Gadis Ini

SOALAN

Hi Kak Gee. Saya ada masalah dengan bakal mak mertua saya. Beliau tidak boleh terima saya dalam keluarga mereka kerana kami berlainan fahaman. Saya bersedia untuk belajar mengenai islam secara mendalam. 

Bahkan saya sudah lama memasang niat untuk mendalami Islam sebelum kenal dengan anak beliau. Tapi bakal ibu mertua saya sepertinya tidak mahu bermenantukan saya. Setiap kali saya berkunjung ke rumahnya, saya akan memakai pakaian yang sopan dan membawa buah tangan walaupun begitu beliau sering memandang saya dari atas sampai bawah dan pernah persoalkan hasil buah tangan yang saya bawa adakah ianya dari sumber yang halal. 

Saya sangat berkecil hati, dengan sikap beliau itu. Mana mungkin saya bawakan hasil dari yang haram kerana saya tahu beliau Muslim. Kak Gee ada tips untuk saya pikat hati bakal mak mertua saya tu? Terima kasih Kak Gee.

JAWAPAN

Hi Yue, terima kasih kerana berkongsi dilema dan meminta sedikit tips daripada Kak Gee.

Terus terang Kak Gee katakan Kak Gee gembira kerana anda menghantar masalah ini. Sebabnya Kak Gee nampak keikhlasan anda yang ingin memeluk Islam dengan sepenuh hati, semoga hasrat ini dipermudahkan Allah.

Begini Yue, biarlah apa yang bakal ibu mertua lakukan kepada anda, anggap ia sebagai ujian yang bukan hanya menguji hubungan, tapi juga kesabaran anda sebagai seorang manusia.

Bersama ujian, untuk orang orang yang sabar pasti akan beroleh kemenangan. Jadi bersabar.

Apa yang penting, teruskan bersabar dan tunjukkan akhlak yang baik kepada seluruh keluarga bakal suami anda. Bukan hanya untuk memenangi hati suami dan keluarganya semata mata, tapi perlakuan dan sifat baik itu adalah memang terpuji. Jadi teruskan ya Yue.

Dan jangan terlalu ambil hati juga tentang apa yang diperkatakan bakal ibu mertua, kadang kadang kita tidak tahu mungkin itu hanya sekadar ujian dan cara dia mahu menguji anda. Pada pemahaman Kak Gee, hal hal begini biasa terjadi saat seseorang ingin bernikah.

Maklumlah seorang ibu biarpun memang ingin anak bernikah, tetapi rasa sayang dan berat hati melepaskan anak akan terbit, jadi mungkin terjadilah 'insiden insiden' seumpama ini.

Jadi Yue, pegang dua tips Kak Gee ini. Sabar dan terus mempamerkan akhlak yang baik.

Kemudian teruskan berdoa dan jangan sampai niat yang baik terhalang hanya kerana anda berada tidak dilayani seperti yang diinginkan.

Kuatkan semangat dan iman.

Kak Gee ikut mendoakan ya. Semoga niat memeluk Islam adalah benar kerana Islam dan semoga jodoh kalian berpanjangan.

Itu kisah Yue bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.  Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.  Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020. 

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!