--> Skip to main content

Pesuruhjaya PAS Kedah dilantik Senator

PESURUHJAYA PAS Kedah, Ahmad Yahaya dilantik sebagai Senator bagi mewakili Kedah di Dewan Negara.

Pemilihan Ahmad, 45, dicadangkan kerajaan negeri dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan bekas Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 14 Ogos lalu.

Turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu ialah bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, 61.

Bekas Ahli Parlimen Jerlun dilantik bagi menggantikan Pengerusi MIC Kedah Datuk Dr S Ananthan.

Mohd Suhaimi dan Ananthan sebelum ini dilantik sebagai Senator untuk tempoh sepenggal selama tiga tahun pada 2017 lalu.