--> Skip to main content

PERNIKAHAN NORMA BARU ANAK FAUZI NAWAWI & LISDAWATI

Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan pelakon, Fauzi Nawawi dan Lisdawati atas pernikahan anak sulung mereka, Hainil Fatihah yang diadakan secara sederhana namun tetap meriah meski turut mematuhi segala prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19. Dalam pada itu, Lisdawati memohon maaf atas segala kekurangan serta jumlah jemputan yang terhad pada majlis walimatulurus tersebut.

"Meraikan cinta anak pertama kami yg serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini. Maaf atas segala kekurangan dari kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan. Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat," tulisnya.

Pada majlis tersebut, kedua mempelai dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan putih sambil duduk di atas pelamin yang serba indah. Majlis akad nikah yang berlansung disebelah pagi pula disempurnakan sendiri oleh Fauzi: "Debaran pengantin baru. Semoga Allah swt memudahkan urusan kita semua," kongsinya.

Para tetamu yang hadir turut dilihat mengenakan topeng muka selain turut mengamalkan penjarakan sosial. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Fauzi dan Lisdawati.

Klik untuk gambar besar

   

www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lisdawati

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...