--> Skip to main content

Pernah ‘Gulung Tikar’ Beberapa Kali, Haqiem Rusli Kini Buka Kedai Makan Pada Usia 22 Tahun

Penyanyi dan juga komposer lagu, Haqiem Rusli berkata dia sama sekali tidak patah semangat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan meskipun pernah beberapa kali 'gulung tikar'.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi ini menjelaskan bahawa apa yang telah terjadi pada perniagaannya sebelum ini dianggap sebagai pengalaman berharga dan pengajaran dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan.

Menurutnya lagi, dia kini bersahabat dengan beberapa orang usahawan untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai selok-belok cara untuk menguruskan perniagaan.

View this post on Instagram

? MV ADLINA MARIE COMING SOON ?

A post shared by "ADLINA MARIE"MV COMING SOON (@haqiemrusli98_) on Aug 3, 2020 at 1:04am PDT

"Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi yang kurang sesuai dan tiada kumpulan untuk membantu di kala saya mempunyai banyak komitmen. Namun bagi saya itu semua pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya kini banyak berkawan dengan usahawan, merekalah yang banyak memberi semangat supaya saya tidak putus asa,"

Tambah Haqiem, sahabat usahawannya itu banyak memberi galakan untuknya menceburi dalam bidang perniagaan berasaskan makanan kerana ianya lebih terjamin.

 Dia yang kini membuka kedai makan mengakui agak risau memikirkan masa depan kerana industri seni di Malaysia ini sudah pastinya mempunyai pasang dan surut. Suka untuk memikirkan masa depan sama ada akan terus relevan dalam industri seni atau tidak, Haqiem mengambil keputusan untuk berniaga sebagai persediaan untuk menampung kehidupan pada masa akan datang.

"Perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang. Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian,"

Restoran berkonsepkan Steamboat dan BBQ Buffet yang dinamakan sebagai Santhai Village itu dikhabarkan telah beroperasi sejak seminggu lalu dan ianya terletak di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Sumber : Berita Harian Online

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.