--> Skip to main content

Penangan Watak Mak Leha Dalam Drama 7 Hari Mencintaku 2, Liza Abdullah Harap Peminat Tidak Membenci Dirinya

Drama yang kini 'panas' dan mendapat tontonan ramai, 7 Hari Mencintaiku 2 nampaknya telah mencetus fenomena berikutan lakonan mantap para pelakon yang membintangi naskah tersebut.

Antara pelakon yang terlibat dalam penghasilan drama tersebut ialah Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Wan Sharmilla dan Syazwan Zulkifli yang baru-baru ini telah dijemput untuk menghiasi segmen Geng Pagi Hot di radio Hot FM, Isnin lalu.

Diundang ke stesen radio berkenaan bagi mempromosikan drama tersebut, pelakon Liza Abdullah yang membawa watak Mak Leha iaitu ibu kepada Shukri Yahaya mengakui telah menerima banyak komen negatif gara-gara watak yang dibawa olehnya dalam drama tersebut.

View this post on Instagram

Salam..Alhamdulillah.. #MakLeha belanja lagi harini…Makin panas ni #MaklehaVsMia ???#Repost @_7harimencintaiku2 • • • • • • Makin panas perang mulut antara Mia dan Mak Leha?? . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk

A post shared by @ lizza_abdullah on Jul 19, 2020 at 10:05pm PDT

"Saya akui memang ada orang komen yang membenci saya kerana watak Mak Leha, tapi awal-awal lagi saya cakap saya dah maafkan semua yang komen itu. Saya faham mungkin mereka benci saya kerana Mak Leha tapi saya harap mereka tak benci dengan Liza Abdullah,"

Dia turut sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat di luar sana yang sentiasa menyokong drama 7 Hari Mencintaiku sehingga telah masuk ke musim yang ke-2 kini.

Naskah yang dibintangi bintang-bintang hebat itu kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 menerusi slot Akasia.

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.