--> Skip to main content

Pelancong asing masih tak boleh masuk

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong asing masih tidak dibenarkan untuk mengelak penularan kes import ke dalam negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, justeru pembabitan peserta antarabangsa dalam acara sukan juga tidak dibenarkan.

Namun, aktiviti sukan dalam negara dibenarkan tanpa membabitkan peserta antarabangsa dan penonton.

"Pada masa ini hampir semua sektor perkhidmatan dan perniagaan sudah dibenarkan beroperasi kecuali sebilangan kecil yang masih tidak dibenarkan seperti kelab malam dan pusat hiburan.

"Ini adalah tempat yang mana norma baharu agak sukar untuk diamalkan," katanya mengumumkan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) melalui siaran langsung di saluran televisyen, malam ini.