--> Skip to main content

Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72 tahun yang dilaporkan tenat sebelum ini meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Alam Damai Cheras kira-kira jam 6-35 petang tadi.

Berita itu disahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu entri di laman Facebook rasminya.

#LensaSeni#BelasungkawaFINAS dengan rasa sedih dan dukacitanya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli…

Posted by FINAS Malaysia on Sabtu, 15 Ogos 2020

Difahamkan Allahyarham yang menghidap kanser usus pada 2016. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kanser kembali menyerang, malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira kira jam 10 pagi Ahad. Allahyarham meninggalkan balu Rusidah Mohd Yassin dan empat anak.