--> Skip to main content

Panik! Hidung Anak Dimasuki Manik, Farhan Terpaksa…

Panik! Hidung Anak Dimasuki Manik, Farhan Terpaksa… | Artikel | Gempak Atas Panik! Hidung Anak Dimasuki Manik, Farhan Terpaksa… Penyanyi Farhan Azizan melalui detik cemas apabila mendapati sebiji manik telah memasuki hidung anak keduanya, Orkeyd Fatheema, 2, semalam. Menceritakan insiden tersebut, bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu hanya menyedari manik di dalam hidung anaknya selepas Orkeyd mengadu ada sesuatu di mulutnya. â€œSelepas selesai solat Asar semalam saya sedar manik tasbih berterabur kerana kedua-dua anak saya berebut dan menariknya sehingga talinya putus. â€œJadi saya pun kutip lah semua dan buang. Mereka pun main macam biasa seperti tiada apa yang berlaku. â€œMalam tu selepas makan, Orkeyd tunjuk ada sesuatu di gigi dia. Jadi suami pun baringkan dia untuk lihat di dalam mulut tapi kebetulan ternampak sesuatu dalam hidung dan ia adalah manik tasbih tu. â€œSaya terus cemas sebab ia pertama kali kejadian ni berlaku pada anak-anak saya. Saya guna pelbagai alat untuk keluarkan manik tu tapi tak berjaya kerana ia tersekat,” katanya Farhan dihubungi Astro Gempak selepas berkongsi gambar dan menunjukkan hidung anaknya yang tersumbat dengan manik tersebut di Facebook. Menurut Farhan dia dan suami lega kerana doktor kesan hanya satu biji manik sahaja didapati berada di dalam hidungnya â€œKami terpaksa bawa dia terus ke hospital dan Alhamdulilah doktor berjaya keluarkannya. â€œDoktor kesan hanya ada satu biji di dalam hidungnya tetapi doktor meminta kami datang semula ke hospital jika dalam masa tujuh hari nafasnya berbau dan dia sudah tidak aktif atau ada sebarang perubahan yang berlaku. â€œAlhamdulilah, sekarang ni Orkeyd nampak baik-baik sahaja dan ceria seperti selalu,” katanya lagi. Mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku, Farhan sempat memberi pesanan khas buat ibu bapa. â€œSaya faham sebagai ibu, kita ni ibu banyak kerja di rumah sehinga kadang-kadang boleh terlepas pandang apa yang anak kita lakukan, jadi nasihat saya selalulah perhatikan anak-anak kita terutama yang masih kecil. â€œSelain itu, cuba elak dedahkan anak kepada barang-barang yang membahayakan serta barang kecil yang ada potensi untuk mereka masukkan ke dalam anggota badan seperti hidung , mulut, telinga dan sebagainya,”pesannya. Farhan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Rashadan Suhaimi pada Oktober 2014. Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Souffea Zulaeqha berusia 4 tahun.