--> Skip to main content

Nur Sajat Dipuji Hadiahkan Ibu Kereta BMW

Meskipun isunya hangat diperkatakan dan pelbagai kontroversi terpalit dirinya, namun usahawan kosmetik Nur Sajat dilihat tetap tenang menjalani kehidupannya.

Menerusi perkongsian terbaru, Sajat memuat naik video menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama BMW buat ibunya. Sajat berkata hadiah tersebut diberikan sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu yang membesarkannya.

BACA: Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Kekasih Sajat Antara Yang Terkorban

Menurut Sajat, harta dunia boleh dicari namun kasih ibu tidak boeh diganti. Ujarnya lagi, jahat macam mana pun kita tetapi jangan sesekali lupakan ibu bapa. Malah, Sajat turut meluahkan rasa sedih melihat ada anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.

"Bagi Sajat, duit boleh cari, mak tak boleh di ganti dengan apa pun cara nya. Nakal macam mana pun kita, jahat mana pun kita, jangan kita lupakan mak ayah kita. Tanpa meraka, siapa lah kita di dunia ini.

"Bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin, waktu ini lah mereka nak merasa duit anak-anaknya. Jangan lah kita buang mak ayah kita.

"Kadang-kadang Sajat sedih tengok ada anak-anak sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua disebabkan sibuk dengan urusan harian. Mana yang berkemampuan bolehlah buat mak ayah bahagia," tulisnya.

Kata Sajat, doa ibu bapa adalah salah satu punca rezeki yang diperolehi oleh anak-anak. Sajat turut menitipkan pesanan supaya hargai ibu bapa dan jangan menyesal di kemudian hari jika mereka sudah tiada suatu hari nanti.

"Kadang-kadang mak ayah ini mereka bukan nak kebendaan dari anak-anak, cukuplah bertanya khabar dan memberi perhatian kepada mareka. Jangan waktu mereka tak ada, baru nak menyesal kemudian hari," tulisnya.

Meskipun ada segelintir yang mengecam, namun ada dikalangan netizen memuji kebaikan yang dilakukan oleh Sajat terhadap orang ibunya. Malah, kagum melihat kejayaan Sajat sehingga mampu membahagiakan orang tuanya.

Terdahulu, Sajat dikecam teruk oleh netizen sehinggakan beberapa golongan pendakwah meminta supaya orang ramai memboikot produk dan perniagaannya. Malah, ada yang menggesa pihak Jakim mengambil tindakan terhadap usahawan itu.