--> Skip to main content

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Lucah Ketika Bersenam

Geram dengan tindakan melampau seorang lelaki yang membuat panggilan video lucah baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp memberitahu perkara itu bukan kali pertama individu berkenaan berkelakuan tidak senonoh dengannya.

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Lucah Ketika Bersenam

Menurutnya, beliau ketika itu sedang bersenam sambil bersiaran langsung di Instagram "IG Live" di dalam sebuah gymnasium secara mengejut dijamah dengan video tersebut.

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Lucah Ketika Bersenam

"Kita tengah live ni, tengoklah dia tengah buat apa. Semua rakyat Malaysia tengoklah! Nampak tak orang jahat? Eloklah tunjuk anu sendiri.. tak malu pula tu dia tak berhenti. Maaflah terpaksa tunjuk."

Ujar Nourul, aksi tidak bermaruah itu membabitkan kebanyakannya dalam kalangan remaja lelaki Melayu.

"Duk tunjuk anu sendiri tu Islam ke? Itulah penyakit orang kita. Bila kita tegur tak boleh. Dah jadi satu penyakit, ramai yang macam itu. Ingat kita ni apa, suka letak kita bawah tapak kaki mereka.

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Lucah Ketika Bersenam

Katanya lagi, berkelakuan kurang sopan seperti itu mampu memberi kesan kepada nama baik ibu bapa, malah di posting berkenaan juga Nourul tidak terlepas menyebarkan nombor telefon individu terbabit kepada umum.

"Nombor pelaku tak senonoh tu ialah 01113181126. Boleh sebarkan dan bagitahu mak pak dia. Kurang ajar."

Dalam pada itu, Nourul juga berpendapat, situasi pandemik menyebabkan segelintir individu melepaskan tekanan melalui cara sedemikian.

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Lucah Ketika Bersenam

"Sebab COVID-19 ramai susah hati, tertekan sampai buat kerja tak senonoh. Banyak artis lain pun terima panggilan video sebegini. Artis bertudung pun ada. Ini kenyataan di negara kita!"

Namun, sehingga kini belum ada sebarang tindakan undang-undang diambil berikutan hal berkenaan.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.