--> Skip to main content

Noor Nabila Komen Isu Perebutan Hak Penjagaan Anak

Mengakui tidak bermusuh dengan bekas suaminya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, usahawan popular tanah air Noor Nabila mendedahkan hubungannya dengan Sharnaaz masih baik biarpun tidak lagi sah bergelar pasangan suami isteri.

Noor Nabila Komen Isu Perebutan Hak Penjagaan Anak Buat Pasangan Bercerai

Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak ibu kepada Jebat Jayden ini memaklumkan anak merupakan keutamaannya.

Noor Nabila Komen Isu Perebutan Hak Penjagaan Anak Buat Pasangan Bercerai

"Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak. Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan. Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,"

Meskipun kini lebih selesa menjalani kehidupan solo sebagai ibu tunggal, Nabila juga akui dirinya banyak belajar daripada kisah duka ketika melalui episod penceraiannya lalu.

Noor Nabila Komen Isu Perebutan Hak Penjagaan Anak Buat Pasangan Bercerai

"Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal. Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay," katanya lagi.

Untuk rekod, Nabila dan bekas suami telah sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Noor Nabila Komen Isu Perebutan Hak Penjagaan Anak Buat Pasangan Bercerai

Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan pernikahan pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun.

Sumber: Gempak

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.