--> Skip to main content

Neymar, Nike berpisah

RIO DE JANEIRO: Nike berkata hari ini bahawa mereka sudah berpisah dengan Neymar, menamatkan satu daripada penajaan berprofil tinggi selepas sedekad setengah menandatangani bintang penyerang itu sejak berusia 13 tahun.

"Saya mengesahkan Neymar bukan lagi atlet Nike," kata jurucakap gergasi jenama sukan Amerika Syarikat itu, Josh Benedek menerusi emel kepada AFP tanpa memberikan butiran jelas.

Media melaporkan bahawa tonggak Paris Saint-Germain dan Brazil berusia 28 tahun itu sedang mengadakan perbincangan dengan pencabar Nike dari Jerman, Puma.

Laman berita Brazil, UOL berkata Neymar dan Nike gagal mencapai persetujuan mengenai jumlah perlu dibayar kepadanya untuk memperbaharui kontrak.

Katanya, perbincangan antara syarikat terbabjt dan ejen pemain itu berdepan masalah bulan lalu.

Wakil Neymar tidak dapat dihubungi untuk komen lanjut. - AFP