--> Skip to main content

Nana Mahazan Teringin Nak Makan Anggur RM200 Sekilogram

Kebiasannya anggur import yang dijual di kebanyakan pasar raya boleh diperolehi pada harga mampu milik sekitar RM10 hingga RM15 sepaket sahaja. Namun ianya bergantung pada jenis dan negara pengeluar buah tersebut.

Namun perkongsian Nana Mahazan menjadi perhatian ramai apabila pelakon dan pengacara itu meluahkan keinginananya untuk menikmati anggur import yang dijual mencecah sehingga lebih RM200 bagi sekilogram.

BACA: "Bukan Pertama Kali Orang Mengata Anak Saya …"

Menerusi perkongsiannya itu, Nana turut memuat naik beberapa keping foto anggur jenis Shine Muscat yang ditemuinya ketika masuk ke sebuah pasar raya berharga mencecah RM179.90 sepaket.

Entri yang dimuat naik oleh Nana itu mendapat reaksi Nabila Huda. Sebagai penggemar setia produk import, Nabila berkata harga tersebut memang tidak masuk akal, namun sanggup berbelanja demi memenuhi keinginan serta turut memberikan tips untuk membeli.

"Memang peminat setia beli barang-barang import ni. Harga dia memang tak logik sangat. Tips dia kalau nak beli jangan bawa suami.

"Kumpul sahaja duit sikit-sikit sampai harga buah tu kemudian beli sahaja senyap-senyap untuk hilangkan craving dan kau punya curious. Resit jangan simpan, lepas tu buang pelekat harga tu siap-siap sebelum masuk peti ais," katanya.

Sebelum ini, Nana pernah menjadi perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk membeli sebatang jagung import dari Jepun yang dijual pada harga RM27.50.