--> Skip to main content

Nana Mahazan 'Mengidam' Nak Makan Anggur Harga Lebih RM200 Sekilo, Ini Respons Nabila Huda...

Nana Mahazan 'Mengidam' Nak Makan Anggur Harga Lebih RM200 Sekilo, Ini Respons Nabila Huda... Lazimnya, buah anggur import yang dijual di pasar raya boleh diperoleh pada harga mampu milik sekitar RM10 hingga ke RM15 sepeket sahaja.

Namun, itu semua bergantung kepada jenis, kualiti dan negara pengeluar buah tersebut.

Begitupun, bagi pelakon dan pengacara, Nana Mahazan, dia meluahkan keinginannya untuk menikmati anggur import yang dijual mencecah sehingga lebih RM200 bagi sekilogram.

Perkara itu dikongsikan Nana menerusi satu posting di Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping foto anggur jenis Shine Muscat yang ditemuinya ketika masuk ke sebuah pasar raya.

Dalam entri tersebut, beberapa keping foto anggur yang sudah siap dibungkus berharga mencecah sehingga RM179.90 sepeket.

"Adakah saya boleh tidur lena malam ini? hmmm, tapi dah sampai rumah, korang rasa?" tulisnya.

Begitupun, posting Nana itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan industri termasuk pelakon Nabila Huda. 

Menurut Nabila, sebagai seorang penggemar setia produk import, dia mengakui harga anggur tersebut memang tidak logik, namun, sanggup berbelanja lebih demi memenuhi keinginan.

Bahkan, Nabila turut berkongsi tips kepada Nana untuk membeli buah yang dijual pada harga tidak masuk akal itu.

"Memang peminat setia beli barang-barang import ni. Harga dia memang tak logik sangat. Tips dia kalau nak beli jangan bawa suami.

"Kumpul sahaja duit sikit-sikit sampai harga buah tu kemudian beli sahaja senyap-senyap untuk hilangkan craving dan kau punya curious. Resit jangan simpan, lepas tu buang pelekat harga tu siap-siap sebelum masuk peti ais," katanya.

Sementara itu, pelakon Shera Aiyob turut mengakui buah tersebut merupakan buah import kegemarannya.

"Wey! Buah kegeraman saya tu..shine muscat tu..sedap namatey!", katanya.

Sebelum ini, Nana turut mencuri tumpuan netizen apabila membuat keputusan untuk membeli sebatang jagung import dari Jepun yang dijual pada harga RM27.50.