--> Skip to main content

Nabil Mahir Beri Amaran! - "Untuk You Guys Yang Bat*ng Gatal Tak Habis-Habis Nak DM Benda Tak Senonoh Kat Ayda Jebat"

Nabil Mahir Beri Amaran! - Pengacara Nabil Mahir memberikan amaran terhadap segelintir pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab yang mengganggu tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Memuat naik fotonya memegang replika pedang samurai, Nabil mendedahkan Ayda diganggu oleh perkara yang tidak senonoh menerusi ruangan mesej di laman sosial Instagram.

"Yang pedang tu untuk you guys yang bat*ng gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée. Grow up and stop memperbodohkan diri," dedah Nabil.

Tambah mantan pengacara HLive ini lagi, mereka juga tetap bertindak mengganggu Ayda biarpun akaun telah disekat. 

"Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block. Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace? Warning have been made," tulis Nabil lagi.

Sebelum ini, Nabil melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

BACA: Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bertunang Secara Online... Gambar Edit Nampak Real Sungguh!

Seterusnya, Nabil dan Ayda selamat melangsungkan pertunangan pada 28 April lalu bersempena sambutan hari lahir Nabil yang ke-32.