--> Skip to main content

Mulut Berdarah, Chubb-E Cedera?

Mulut Berdarah, Chubb-E Cedera? Video pendek yang dimuat naik, penyanyi dan komposer muda Chubb-E di Instagram yang memaparkan bahagian mulut berdarah menimbulkan persoalan banyak pihak.

Bagaimanapun, Chubb-E, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menerusi status di Instagram Stories berkata, dia okay.

"Jangan risau, saya selamat. Jangan risau. Saya hargai perhatian anda semua. Bertenang dan terima kasih," katanya. 

Sementara itu, wakil Future Music Entertainment yang juga pengurus Chubb-E, Atmin Mazid ketika dihubungi mohon diberi ruang kepada penyanyi lagu Padan Muka itu.

"Maaf, mohon beri ruang buat Chubb-E. Dari semalam mesej dan panggilan masuk tanpa henti.

"Saya rasa dia masih terkejut. Biar kami selesaikan dahulu. Tak nak nanti lagi parah," katanya.

Tanpa sebarang keterangan, perkara itu membuatkan pengikut bekas juara program Ceria Megastar 2018  di laman sosial itu tertanya-tanya dan risau dengan keadaan yang menimpa Chubb-E.

Susulan itu, Chubb-E juga dilihat membuang gambar profil di IG yang memberi gambaran seperti ada yang tidak kena pada dirinya.

Sejak dimuat naik, video itu sudah mencecah lebih 30,200 tontonan dan lebih 200 komen.