--> Skip to main content

Muhyiddin gesa pemimpin Sabah bersatu

KOTA KINABALU: Parti politik yang bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) mesti bersatu hati dalam menjaga kebajikan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkataTan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pemimpin dari pelbagai parti politik harus bekerjasama sebagai satu pasukan dalam demi kesejahteraan rakyat.

"Kita semua mesti bersatu hari. Tidak kira datang dari parti mana, siapa kita sama ada UMNO, BERSATU, SAPP, STAR, PBS, PBRS, PAS. Kita semua adalah rakyat Malaysia.

"Ini adalah masa dalam normal baharu ini. Seharusnya ada politik normal baharu untuk kita duduk semeja, berunding dan berbincang untuk kepentingan rakyat khususnya hari ini adalah untuk rakyat di Sabah, (tunjukkan) bahawa kita adalah satu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Sabah di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor; Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Presiden PBS, Datuk Radin Malleh; Timbalan Presiden PBRS. Arthur Joseph Kurup;

Majlis itu turut dihadiri Ketua MCA, Sabah Lu Yen Tung; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Muhyiddin berkata, perkara utama ialah politik negeri itu kukuh dan stabil.

"Bila suasana politik negeri stabil, ini bantu tentukan segala perancangan pembangunan dan ekonomi berjalan licin dan lancar," katanya.