--> Skip to main content

MILO Activ-Go Plus Fibre varian baharu

KUALA LUMPUR: NESTLE Malaysia Berhad (Nestle) melancarkan MILO Activ-Go Plus Fibre baharu, sekali gus mengembangkan rangkaian produknya.

Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO, Ng Su Yen, berkata MILO komited memacu inovasi produk dengan menampilkan varian terbaharu, yang menawarkan lebih kebaikan, khasiat dan tenaga untuk seisi keluarga serta memupuk generasi juara pada masa hadapan.

Beliau berkata, produk baharu itu menawarkan pilihan berkhasiat yang menepati pelbagai keperluan dan cita rasa pengguna.

"Pelancaran MILO® Activ-Go Plus Fiber melambangkan satu lagi pencapaian bermakna bagi kami sempena sambutan ulang tahun ke-70 Milo di Malaysia," katanya.

MILO® Activ-Go Plus Fiber mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO Activ-Go yang biasa.

Serat adalah komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan pencernaan.

"MILO Activ-Go Plus Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu menangani masalah ini. Satu hidangan 30 gram MILO Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12 peratus pengambilan serat makanan harian yang disyorkan," katanya.

Katanya, seperti serbuk MILO Activ-Go yang biasa, varian baharu itu mengekalkan kebaikan MILO yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa MILO yang digemari ramai.

Varian baharu itu kini boleh didapati di kedai berhampiran atau dalam talian melalui laman e-dagang pilihan anda.

Untuk mengetahui kebaikan tambahan MILO® Activ-Go Plus Fiber dengan lebih lanjut, layari https://www.milo.com.my/bm/milo-activ-go-plus-fibre.