--> Skip to main content

"Menangis Berpelukan Kami Di Bawah Pentas" - Usia Kembara 15 Tahun Rizman Ruzaini Bersama...

Sesiapapun pasti akan mengingati kali pertama mereka bertemu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, apatah lagi jika dapat bekerjasama bersama dengannya.

Itulah yang dirasakan oleh pereka fesyen duo terkenal, rizman nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil dengan jenama yang dikenali ramai, Rizman Ruzaini.

Dalam satu entri di Instagram Rizman Ruzaini, mereka berkongsi rasa tentang pertemuan dan kerjasama mereka dengan Datuk Seri Siti yang membawa mereka kepada kembara jenama mereka sekarang.

"The long awaited and anticipated, ramai yang ternantikan wajah Mustika Hati negara. 15 tahun usia Rizman Ruzaini, 15 tahun jugalah usia kembara bersama Beliau.

"Masih segar ingatan pertama kali diberi penghormatan menghasilkan busana rona kundang yang dipakai sewaktu persembahan di Anugerah ternama, menangis berpelukan kami di bawah pentas," tulis mereka.

Mereka tidak menyangka dalam usia yang masih hijau di bidang rekaan fesyen ketika itu, mereka diberi peluang untuk menggayakan busana buat penyanyi nombor satu negara.

"Siapa sangka, walau masih hijau di dalam bidang ni, walau tiada punya mesin jahit dan sekadar menumpang di falkulti, sudah berkempatan mengayakan beliau, Artis No 1 negara. Itulah the incomparable Dato Seri Siti Nurhaliza.

"Alhamdulillah, baru semalam menemaninya kala rakaman muzik video terbaru, masih lagi SITI yang sama. Yang senantiasa membahagiakan sesiapa yang berada di sekelilingnya. Dari krew penggambaran hinggalah ke pengawal keselamatan, semua disapa mesra. Tidak hairanlah beliau kekal berada di atas, di takhta miliknya yang belum mampu ditembus," tulis mereka lagi. 

The long awaited and anticipated, ramai yang ternantikan wajah Mustika Hati negara. 15 tahun usia Rizman Ruzaini, 15 tahun jugalah usia kembara bersama Beliau. Masih segar ingatan pertama kali diberi penghormatan menghasilkan busana rona kundang yang dipakai sewaktu persembahan di Anugerah ternama, menangis berpelukan kami di bawah pentas. Siapa sangka, walau masih hijau di dalam bidang ni, walau tiada punya mesin jahit dan sekadar menumpang di falkulti, sudah berkempatan mengayakan beliau, Artis No 1 negara. Itulah the incomparable Dato Seri Siti Nurhaliza. Alhamdulillah, baru semalam menemaninya kala rakaman muzik video terbaru, masih lagi SITI yang sama. Yang senantiasa membahagiakan sesiapa yang berada di sekelilingnya. Dari krew pengambaran hinggalah ke pengawal keselamatan, semua disapa mesra. Tidak hairanlah beliau kekal berada di atas, di takhta miliknya yang belum mampu ditembus. Dan, dengan penuh rasa bangga to have you on board as Our Fashion Royalty. RR Fashion Royalty: @ctdk Makeup by @epie_temerloh Photo @blackpepperproduction #rizmanruzaini #RRfashionroyalty #RR15yearsanniversary #atrizmanruzainiyouwillbecomeafashionroyalty #RRkitajagakita #buylocal #RRprihatin #kitajagakita #prihatin

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on Aug 10, 2020 at 9:09pm PDT

Rizman Ruzaini merupakan pasangan pereka fesyen duo yang sering menjadi pilihan selebriti-selebriti terkemuka tempatan untuk menyediakan busana buat mereka, sama ada ke majlis anugerah mahupun untuk majlis-majlis perkahwinan selebriti.