--> Skip to main content

Memey Suhaiza Mahu Tambah Tiga Anak Lagi

Kini sudah memiliki tiga cahaya mata, pelakon Memey Suhaiza meluahkan hasrat mahu menambah tiga lagi anak sebelum memasuki usia 40 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu berkata dia sedang berusaha menambah zuriat dan berharap dipermudahkan untuk dikurniakan rezeki anak.

BACA: Memey Suhaiza Sanggup Jadi Ibu Susuan Anak Abby Abadi

Dalam pada itu, Memey mendoakan kepada pasangan yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata seperti dirinya agar dimakbulkan doa oleh Allah.

"Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga, mummy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan," tulisnya

Perkongsian Memey itu mendapat perhatian ramai netizen termasuklah suaminya yang meninggalkan komen terkejut degan kapsyen yang ditulis itu.

Memey dan Norman berkahwin pada 24 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.